Monday, October 5, 2009








Buku ini menceritakan pengalaman-pengalaman Pehin Kolonel (B) Abdul Jalil yang telah berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,khususnya di Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei,selama 31 tahun dengan penuh dedikasi dan disiplin.Pehin telah mengongsikan kisah-kisah beliau semenjak musim kanak-kanak lagi di Kampong Ayer pada tahun 60an hinggalah semasa beliau memulakan menjalani latihan tentera sebagai rekrut dalam Askar Melayu Diraja Brunei pada tahun 1972.

 Kisah-kisah dan pengalaman semasa menjalani kursus di Britannia Royal Naval College,Dartmouth,UK dan ketika bertugas dengan kapal perang British HMS INTREPID selama 3 bulan di Laut Mediterranean juga diceritakan dalam buku ini.
Pengalaman-pengalaman di bandar-bandar yang dilawati seperti Gibraltar,Malta,Famagusta (Cyprus),Istanbul,Athens dan Napoli (Itali) juga dimuatkan didalam memoir ini.Buku ini juga mengisahkan pengalaman-pengalaman dan cabaran beliau semasa bertugas buat pertamakalinya sebagai pegawai muda di KDB PAHLAWAN dan seterusnya menceritakan perkembangan-perkembangan Angkatan Laut Pertama (First Flotilla) hinggalah ke tahap pertubuhan sebagai Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei.

Dari semasa ke semasa buku ini juga membagkitkan isu-isu kepimpinan dimana beberapa ciri-ciri kepimpinan diketengahkan terutamanya yang telah dipelajari daripada teladan-teladan yang telah ditunjukkan oleh orang-orang tua di kampung dan juga semasa menjalani latihan-latihan di Kompeni Rekrut,Bolkiah Kem dan di Britannia Royal Naval College,Dartmouth dan HMS INTREPID.

Pengalaman-pengalaman yang diceritakan dalam 'Memoir Wira Samudera di Muara .....' ini dihasratkan untuk ditinggalkan sebagai kenangan abadi. Mudah-mudahan jua pengalaman-pengalaman yang telah diharungi selama 31 tahun itu akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya bagi generasi yang akan datang dalam mencurahkan khidmat bakti kepada Raja,negara dan tanah air.Inilah sebenarnya tujuan ikhlas dan murni 'memoir' ini.






No comments:

Post a Comment