Buku ini menceritakan pengalaman-pengalaman Pehin Kolonel (B) Abdul Jalil yang telah berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,khususnya di Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei,selama 31 tahun dengan penuh dedikasi dan disiplin.Pehin telah mengongsikan kisah-kisah beliau semenjak musim kanak-kanak lagi di Kampong Ayer pada tahun 60an hinggalah semasa beliau memulakan menjalani latihan tentera sebagai rekrut dalam Askar Melayu Diraja Brunei pada tahun 1972.
Kisah-kisah dan pengalaman semasa menjalani kursus di Britannia Royal Naval College,Dartmouth,UK dan ketika bertugas dengan kapal perang British HMS INTREPID selama 3 bulan di Laut Mediterranean juga diceritakan dalam buku ini.
Pengalaman-pengalaman di bandar-bandar yang dilawati seperti Gibraltar,Malta,Famagusta (Cyprus),Istanbul,Athens dan Napoli (Itali) juga dimuatkan didalam memoir ini.Buku ini juga mengisahkan pengalaman-pengalaman dan cabaran beliau semasa bertugas buat pertamakalinya sebagai pegawai muda di KDB PAHLAWAN dan seterusnya menceritakan perkembangan-perkembangan Angkatan Laut Pertama (First Flotilla) hinggalah ke tahap pertubuhan sebagai Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei.
Dari semasa ke semasa buku ini juga membagkitkan isu-isu kepimpinan dimana beberapa ciri-ciri kepimpinan diketengahkan terutamanya yang telah dipelajari daripada teladan-teladan yang telah ditunjukkan oleh orang-orang tua di kampung dan juga semasa menjalani latihan-latihan di Kompeni Rekrut,Bolkiah Kem dan di Britannia Royal Naval College,Dartmouth dan HMS INTREPID.
Pengalaman-pengalaman yang diceritakan dalam 'Memoir Wira Samudera di Muara .....' ini dihasratkan untuk ditinggalkan sebagai kenangan abadi. Mudah-mudahan jua pengalaman-pengalaman yang telah diharungi selama 31 tahun itu akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya bagi generasi yang akan datang dalam mencurahkan khidmat bakti kepada Raja,negara dan tanah air.Inilah sebenarnya tujuan ikhlas dan murni 'memoir' ini.
" Memoir Wira Samudera di Muara ....." Berharga $15 senaskah.
Jika ada yang berkeinginan untuk membeli,sila hubungi penglima54@hotmail.com
Pehin Kolonel (B) Abdul Jalil bin Haji Ahmad mula berkhidmat dengan Askar Melayu Diraja Brunei sebagai rekrut pada 21hb Februari 1972. Ditauliahkan ke pangkat Leftenan Muda pada 13hb Disember 1973. setelah berjaya menamatkan latihan selama setahun di Britannia Royal Naval College, Dartmouth, Uk. Jawatan pertama beliau ialah sebagai 'Executive Officer', 'Navigation Officer' dan 'Gunnery Officer' KDB PAHLAWAN dan Pegawai Pemerintah KDB MASNA (first Command) pada tahun 1975, dalam usian 23 tahun. Beliau juga diberi penghormatan memerintah kapal jenis peluru berpandu KDB SETERIA pada tahun 1984. Yang Dimuliakan Pehin telah bersara daripada perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada tahun 2003, setelah berbakti dengan aktif selama 31 tahun. Sebelum bersara beliau juga memegang beberapa jawatan penting di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Pehin Kolonel (B) Abdul Jalil adalah graduan dari Royal Naval Staff College, Greenwich,UK pada tahun 1986 dan Royal College of Defence Studies,London,UK pada tahun 1998.
" Buku Memoir Wira Samudera di Muara... " menggambarkan semangat perjuangan dalam ketenteraan khususnya dalam menegakkan kedaulatan bangsa dan tanah air. Gaya bahasa indah dan menarik serta bertenaga. Mesej yang jelas dan dapat memperkukuh kecintaan terhadap bangsa dan negara. Mendorong dan memberikan sokongan kepada pejuang-pejuang negara agar terus berbakti kepada negara dan mempertahankan kedaulatan perairan negara. "
" Pehin Kolonel (B) Abdul Jalil ternyata mempunyai daya ingatan yang kuat dan tajam serta peka dengan keadaan yang berkalu di sekeliling. Pemilihan rangkaikata dalam menceritakan kenangan pahit dan manis adalah teliti dan kreatif serta berkesan dalam memberikan gambaran sewaktu Pehin dan rakan-rakan seperjuangan bertugas di dalam ABDB. Pehin sangat menitikberatkan disiplin dan kewaspadaan semasa menjalani latihan-latihan. Melalui penulisan buku ini, terkandung sebuah harapan agar perwira-perwira samudera sentiasa bersemangat kental dan bersatu-padu demi untuk menjaga kedaulatan negara agar terpelihara dari anasir-anasir yang tidak diingini. Nilai-nilai agama juga sangat penting dalam kepimpinan. "